About Me

My photo
si Jagung Capri - manusia bukan patung, ada jiwa tapi kosong, ada akal tapi bengong

Puisi Buat Mawar

Puisi Buat Mawar
Untuk Mawar Yang Selalu Mewangi Dalam Hati

June 23, 2015

Sadaqah

seberapa banyak kau panjatkan syukur
atau seberapa redha kau atas ketentuanNya
bukan semata usaha tak kenal lelahmu
bukan sekadar bijak pandai otakmu
atau seberapa hebat perancanganmu.

ini sekadar peringatan, rezeki itu bukan milikmu semata
ada bahagian bukan haq atasmu
maka sadaqah!!!
itu pencuci harta...tidak wajib tapi ini janji Tuhan.
satu kau beri, sepuluh balasNya..
maka sadaqah lah...mungkin kau makan yang bukan haq mu selama ini

September 26, 2013

Unheard

ada masa kita bosan dengan skeptikal manusia
duduk di tengah pesimis dan optimis
live well or live hell??
we choose....

ada masa bila kita mahu bebas
dari kelaziman
pegangan, arahan, bandingan
yang dibawa cuma kecaman,
hinaan, umpat, dan kejian

tapi itu juga buat kita keras
dengan segala
dan bangun melawan
dengan impian yang kita mahu ubah jadi kenyataan

December 6, 2012

Baru

hatiku mula teralih pada sesuatu
pada sudut yang langsung aku tak temu
masa aku sendirian tiada mampu



September 27, 2012

Cinta Dia

Istimewanya Cinta
ada magis berawangan di udara
bila ada hati yang sebelah lagi
minta untuk dikongsi

Cinta datang bercanda
aku bahagia, seadanya
berpaut pada romantika
duduk bersandaran berdua

Sempurna Cinta
Imaginasi jadi realiti
Puteri jadi Permaisuri
Dan aku, megah memanjat takhta Raja

September 7, 2012

Ahad

Dan kau
lari di trek halusinasi
menyorokkan diri dalam keramaian

tuhan bukan dua atau tiga
bila datang sial hampiri kau
dan kau gagal dalam doa
untuk kau berpaling darinya, meminta pada yang lain