Sampai satu masa, aku fikir, biar masa jadi penentu. Masa, alasan tipikal untuk orang bodoh seperti aku. untuk mengandaikan mimpi yang sama sekali tak pernah terlakar dalam tidur. tapi aku cuma mampu melakukan itu sahaja. untuk berfikir jauh merenung hakikat hidup aku kira aku belum cukup bagus.
mahu menantikan masa bukan sekejap. tapi masa bagi aku peluang untuk belajar perkataan menanti. bermakna, penantian itu menjelmakan harapan. biarlah tak terzahir sekalipun harapan itu, tapi sekurang-kurangnya, ia boleh aku jadikan alasan untuk aku teruskan hidup.
Bingung
9 years ago