About Me

My photo
si Jagung Capri - manusia bukan patung, ada jiwa tapi kosong, ada akal tapi bengong

Puisi Buat Mawar

Puisi Buat Mawar
Untuk Mawar Yang Selalu Mewangi Dalam Hati

December 6, 2012

Baru

hatiku mula teralih pada sesuatu
pada sudut yang langsung aku tak temu
masa aku sendirian tiada mampu



September 27, 2012

Cinta Dia

Istimewanya Cinta
ada magis berawangan di udara
bila ada hati yang sebelah lagi
minta untuk dikongsi

Cinta datang bercanda
aku bahagia, seadanya
berpaut pada romantika
duduk bersandaran berdua

Sempurna Cinta
Imaginasi jadi realiti
Puteri jadi Permaisuri
Dan aku, megah memanjat takhta Raja

September 7, 2012

Ahad

Dan kau
lari di trek halusinasi
menyorokkan diri dalam keramaian

tuhan bukan dua atau tiga
bila datang sial hampiri kau
dan kau gagal dalam doa
untuk kau berpaling darinya, meminta pada yang lain

August 3, 2012

Kamu... Yang Disisi Baringanku

Aku tak mungkin kenal benarnya kau
dipandangan mereka yang lebih tahu kamu

ia sepanjang hayatku
untuk amati kau sepenuhnya

Tapi
  aku cuma kenal kamu seadanya kau
yang disisiku

Separuh Hidupku

Pejamkan mata... Dengar di sekelilingmu
Nyanyianku di awangan udara
Ingati hatimu untuk aku pada tiap detik denyutnya,
aku tuliskan lagu untuk semua katamu
Rindukan aku bila bukan aku di depanmu
kau tak sempurna adanya
tapi lengkapi aku
separuh diriku, ianya kamu

March 30, 2012

Ting - Tong

Dan dalam sesetengah masa aku sedar
bukan aku sahaja berperasaan macam begini
tapi lebih,
itu cuma dua persepuluh

Dan kadang-kadang aku bersifat diam
bila datang masa aku tidak sedar
itu lapan daripada sepuluh.....

February 14, 2012

The Wedding Dress

bila kau keluar dari kamar persalinan, sambil menggayakan pakaimu
tanpa sesolek mekap, juga seoles bedak
biar kosong tanpa aksesorinya

SUMPAHHH!!!........

kalau kadi itu hari ni bercuti,aku paksa dibatalkan cutinya, aku pakaikan serbannya
dan aku jabatkan tangannya tanda akad
untuk kau sempurnakan rusukku satu-satunya.........

(kau cantik di mataku, biar apa jua gayamu, sempurna di hatiku, biar apa jua celamu sebab aku pun seorang manusia, yang kurang segala, tapi jadi sempurna bila berdua)