"Awak menyesal kawan dengan saya?" terbeliak mata Puteri memandang wajah lelaki itu. Belum pernah dilihat kekasih hatinya itu begitu serius. Bukan tak pernah, tetapi senda gurau yang selalu disumbatkan ke telinganya saban pertemuan, mematahkan perwatakan janggal itu di matanya. Qabil bukan begitu serius.
"marah tanda sayang...."sinis ayat terluah dari mulut Qabil. wajah Puteri tadi kelat mula memanis. sedikit senyum Puteri, cukup membuat Qabil bahagia. Seolah berhadapan Ratu Dunia lagaknya. "jadi ?" Puteri membangkit semula isu pokok."jadi apa?" Qabil pelik, sambil Puteri mengisyaratkan perbualan awal."ooo, jadi...jadilah apa nak jadi..haha" hilai Qabil memenuhi ruang antara mereka. Puteri mengacah untuk bangun, Qabil diam. Lalu,"apa yang membuat awak terusan menerima lamaran saya?" sambil menunggu jawapan, Qabil mengalih pandangan. Puteri menghela nafas. sukar buatnya mengungkap kata ini.jauh terpendam dia menyusun kata. tak mahu Qabil salah menyangka.
No comments:
Post a Comment