About Me

My photo
si Jagung Capri - manusia bukan patung, ada jiwa tapi kosong, ada akal tapi bengong

Puisi Buat Mawar

Puisi Buat Mawar
Untuk Mawar Yang Selalu Mewangi Dalam Hati

November 4, 2010

Seorang Hamba & Sang Puterinya ( V )


Malam hari lahirnya. Ku tatap bungkusan yang ku beli penuh senyuman. Mengharap dia menghargai pemberian ini. Aku gembira untuk membuatnya gembira. Masakan tidak dia saja
antara perkara paling berharga pernah hadir dalam hidup. Dan tidur malamku senyum. Ditemani mimpi bersamanya. Mimpi indah sejak ku bertemunya. Dan pagi itu, tidak seperti pagi
sebelumnya. Debaran ku rasa berlainan sekali. Pertemuan yang kami aturkan cukup bermakna buat ku. Walaupun telah acap kali ketemu. Sangat berlainan. gelojak hati meronta untuk segera bertemunya. Entah kenapa dan apa yang terfikir dalam benakku.
 
Dalam perjalanan pertemuan itu. Di hujung minggu di tempat biasa pertemuan. Aku pegang erat bungkusan di sisi ku. Menanti kehadirannya. Entah kenapa sukar sekali untuk aku leraikan peganganku ini. Mungkin ilusi semata. Atau saja terlalu teruja. Mahu melihat reaksinya. Gembira, terkejut atau terpaku melihat pemberian ini. Kegemarannya yang belum pernah dapat aku tunaikan. Aku mula berkira-kira. Apa saja yang patut aku ucapkan? Apa saja yang perlu aku lafazkan?
 
Ah.. Mengapa benak saja fikiran ku ini. Bukannya kali pertama aku bertentang dengannya. Dan bukan juga kali pertama menyambutnya bersama. Sungguh, ada saja yang mengganggu fikiran ini. Apakah dia? Aku sendiri tak mengerti. Malah tak juga aku menemukan solusinya. Dan aku biarkan fikiran ku melayang sebentar. Sambil melayani perasaan yang bercampuran. Dan aku kembali menjengah ingatan saat pertama kali bertemu. Senyum sendirian melayari ingatan yang bertaut.
 
Sebentar saja, lamunanku dihentikan. Deringan telefon menjerit. Tersentak, mematikan khayalanku. Lalu pantas ku capainya. Dan aku lihat kelibatnya. Di seberang jalan di balik keramaian yang menunggu. Dan dia tersenyum. Senyuman yang selalu ku rindukan. Senyuman dari kayangan. Senyuman bidadari separa manusia tanpa sayap. Pantas aku bangun dari dudukku. Dan aku eratkan genggaman hadiah ini. Lalu aku berlalu meninggalkan bangku. Dan aku mula melangkah untuk ke seberang bertemu dengannya. Langkah ku atur laju. Ke seberang dia mula melambai kehadirannya. Sambil kuntuman senyum yang tak pernah lekang.

October 19, 2010

Seorang Hamba & Sang Puterinya ( IV )


"Tak mengapa, asal kita saling terima seadanya, ia memadai", Ringkas, cukup ringkas. Melegakan gundah hati ini. Bangga hati tak terkata. Bertakhta sudah tuan puteri dihati. Elok bersemayam bersulam cinta bahagia. Tanpa perlu aku bertanya. Tanpa perlu aku menyatakan segalanya. Cukup buat ku. Malah lebih dari itu.
 
Masa itu cepat benar berlalu. Sedar atau tidak, pelbagai fasa kami tempuh. Dan kali ini, ikatan itu makin kuat terjalin. Pinangan disambut ramah. Tanpa banyak bicara. Berlangsung dalam sederhana. Cuma ada sanak saudara. Ringkas tapi meriah. Dan kini status tunangan jadi pengganti. Hari makin dimamah hari. Begitu juga bulan tahun dan seterusnya. 

Aku genggam status itu tanpa sekilas memandang wajah lain. Dan tiada yang lebih berharga dari satu wajah. Menghitung hari aku menanti, sang puteri akan menjadi permaisuri. Aku gembira bersamanya. Tidak terlalu cerewet. Tidak terlalu memilih. Tidak terlalu keanak-anakkan. dan ia mengukuhkan sebab kenapa ku memilihnya. Dan keberuntungan aku kerana tidak salah memilih. Keperibadiannya tinggi. Bukan aku mahu memuji. Tapi itu hakikat yang diakui. Dan memang itu juga yang aku cari.
 
Melewati diari harian ku yang terisi penuh kebiasaan. Kini lewat hari lahirnya. Dan aku nekad. Untuk menghadiahkannya sesuatu. Yang selama ini jadi anganan. Yang selalu menjadi jelingannya. Tetapi tak pernah aku penuhi. Maklum saja, aku ini orang biasa- biasa saja. Tak terjangkau gunungan emas dan permata. Untuk aku limpahkan padanya. Menjadi bukti materi cinta ini. Tapi si dia tak peduli. Tak meminta malah tak memaksa untuk aku penuhi. Cukup dasar perhatian yang aku beri. Aku tahu dia mengharapkan materi. Cuma dek tak mahu aku merasa gundah. Risau segalanya gagal aku penuhi, dia mendiam diri. Mengerti posisi diriku ini.
 
Cumanya egoku sebagai lelaki. Mana mungkin aku biarkan sang puteri tanpa perhiasan selayaknya dia perolehi. Dan aku terus, nekad mahu memberi kejutan. Dengan sumber yang selama ini aku gali, dan aku cari. Semata-mata untuk membahagiakan sang puteri. Yang bakal kujadikan permaisuri hati.

October 9, 2010

Seorang Hamba & Sang Puterinya ( III )


Benar kata orang. Cinta itu kalau diraih, bahagianya kejora sahaja tujunya. Dan kali ini pasti. Impian yang sekian lama aku pendam. Doa yang sekian lama tak berputus. Hajat yang sekian lama aku perap. Pintu cinta terbuka bukan kepalang luasnya. Kini impian aku gapai. Kini doa aku termakbul. Dan kini hajat aku tertunai. Mahu saja dahi ini kusujudkan ke tanah. Tanda syukur. Tanda gembira yang tak terkira.
 
Rakan dan saudara yang sedari tadi asyik benar melepak kudakap. Aku peluk erat mereka. Terpinga semuanya. Melihat reaksi ku bersahaja. Barangkali difikir aku buang tabiat. Tak mengapa. Walau ini bukan cerita mereka. Tapi tanpa mereka aku tak punya kekuatan sebegini. Dan pada mereka ku kongsikan segalanya.
 
Sedang asyik bergembira. Sedang asyik aku bercerita, aku terlupa. Yang benar-benar terlupa. Belum kubalas ucap terima kasih ku padanya. Pantas ku tekan kekunci telefonku. Membalas dengan reaksi riang. Terima kasih kerana membuka pintu hatinya. Dan terima kasih kerana menerima ku seadanya. Seadanya? Aduh! Aku termenung sejenak. 

Ya, benar dia terima aku seadanya. Tapi bagaimana mahu aku terima dia seadanya? Aku ini cuma pacar yang hina. Sedang dia sang puteri di singgahsana. Sungguh benar aku lupa darjatnya. Lupa kerna asyiknya dek penerimaannya. Penerimaan cintanya. Haish... Aku mengeluh tanpa ku khabarkan padanya. Rasa gusar dan resahku yang membuku dalam hati.

October 5, 2010

Seorang Hamba & Sang Puterinya ( II )


Bahasa pesanan ringkas makin lembut. Makin mendayu. Berlainan benar dengan sifatnya yang dipandang kasar. Tegas walau dihatinya aku tahu punya kelembutan. Aku layari satu persatu. Sambil melayaninya seperti biasa. Takut tersalah bahasa. Aku simpulkan ia cuma gurau senda tanpa sedar. Maklum saja lama tak bertemu. Tentu mahu seperti dulu. Maksudku, sebagai teman. Teman yang mengharungi jerit perit kehidupan persekolahan.


Yang pernah satu ketika jadi tempat bersua dan gelak bersama.Yang pernah satu ketika aku curahkan segala rasa.yang berbondong dihati. Yang satu ketika juga, waktu aku dianggapnya gila. Gila kerana menyukainya. Gila kerana memilih dia. Waktu dia tidak bersedia. Waktu yang kulihat merah dipipinya demi menahan suatu rasa. Waktu yang bukan masanya. Itu perkiraan aku.


Benar juga, mungkin ia salahku. Mungkin terlalu awal. Atau mungkin juga ia satu penolakan. Secara halus mungkin, atau rasminya secara damai. Tanpa ada yang terasa.


Kuamati ayat kirimannya satu persatu. Gembira bukan kepalang. Laksana pahlawan yang menang aku rasakan. Yang kepulangannya disambut oleh srikandinya. Kiriman yang satu itu permulaan kata putusnya. Cumanya, benakku beku. Ya, aku masih ragu. Masih dalam keliru. Apa ini mimpi atau khayal. Maklum saja sekian lama tak pernah terasa. Dan tak pernah berisi hati ini.

September 29, 2010

Seorang Hamba & Sang Puterinya ( I )


Jalan-jalan kusam ditaman itu aku renung dengan mata yang berkaca. Jenuh aku tinggalkan semua jerih dan pahit yang bermain dalam kalbu. Aku bukan superman yang bisa menghindar segala kejahatan yang beraja. Aku juga bukan badang yang bisa melakukan apa sahaja untuk perkasa. Dari bangku dudukku, sambil merenung langit yang kian kelam. Bertemankan bulan bintang yang klise, aku bukakan naskhah ceritera cinta seorang hamba dan sang puterinya.

Malam itu hiruk dan pikuk dengan gerombolan manusia. Sibuk menjaja kehidupan yang dikejarkan. Entah untuk siapa dan untuk apa mereka niatkan. Dan malam itu, malam peristiwa hari ini dalam sejarah, satu pesanan menyapa di telefon bimbitku. Dia menanya khabar seusai terawih. Aku balas dengan senyuman. Sambil jemari ku suakan ke kekunci telefonku, rutin kami seminggu yang lalu bersambung.

Sampai satu ketika aku menyedari. Sang dia berubah fasa. Berubah jadi manja. Berubah jadi mesra.

August 17, 2010

Balada Cinta Romeo - GG Group




mmg best lagu ni..... its all about harapan palsu a.k.a ayat bunga-bunga yg perlu diterangkan...
nk genggam bara api?? confirm tangan melecur dik..
nk renang lautan api?? kena la tunggu hujan turun dulu..
nk naik ke bulan?? confirm kena jadi angkasawan dulu..
dan lain2 nya..pandai la korang layan vid ni....
syok oooo....

August 16, 2010

Akal Vs Emosi

hidup ni kalau nak betul2, cakap tu jangan ikut SEDAP MULUT je....
sesuke ati nk ckp kt org...pakai la OTAK sikit...rasional la sikit.

FIKIR la skit hati perasaan orang sebelum bercakap, ini tak, sebat sesedap mulut je..Alloooo kawan, jgn ini mcm..kite ni idup bmasyarakat.. kdg2 tu pd kite mmg la x salah, tapi tgk la skit keadaan seseorang tu sebelum bcakap..

KORANG tau ke apa mslh die, knapa die wat cmtu cmni??? ini x, fikir ikut sedap ati korang je

itu lah manusia ni, suke sgt melebihkan emosi dari akal..ni la jadi nye...takda sebab musabab kukuh, trus cakap macam2 kt org len..haish..

apa teruk sgt ke org2 yg korg kutuk smpi cmtu skali??
apa bagus sgt ke korg kutuk2 dorg tu??

mmg kadang kita rasa buah fikiran akal ni sgt2 mnyakitkan ati kite, tapi cube tgk logika nya...bnde tu sume nye btul...
klau nk diikutkn sgt perasaan, mmg smpi bile pun manusia ni xpuas2..

atau klu korg kemaruk sgt, cdgn aku yg paling bernas adalah, korg g jmp haiwan2 di zoo tu, pnggil mereka then ckp la puas2 apa yg korg x puas ati sgt tuh...so korg pun lega sbb dh luahkn kt mereka, n xda manusia len yg sakit ati ngn percakapan korg tu...


April 6, 2010

4.00 am Punye Post...

mengumumkan.....

hahaha....aku punye FB dah aku deactivated kn...alhamdulillah..x la sampai addict sgt asyik nk bkk je..ak kmbali normal mcm org len tnpa FB..dan YM ku yg dh di invi kn..bes gak kdg2..x la samuk pale ni..bz sana cni...haha

Tapi!!!!

bosan gak n ksian kt mmber2 ak..xleh bhubung 24-7 ngn aku..mn x nye, ak ilang cmtu je..but ak wat sbb ak nk rest..plus ak nk fokus on stadi..haha..bia la ilang jap..ap slhnye...lgpun klu on 24-7 bkn de pape pun..bnde klu dh slalu hadap lm2 bosan gak..so aku decide utk breheat seketika tanpa melupakan kerja2 penulisan ak yg aku kira xda siapa pun nk bc nih...ye la picisan je sume..bkn cm org2 len..aku ni ap la sgt nk feymes2 nih..tapi dh ini yg aku suke waty..so ak go on je..

k la...xda pape pun aku nk cite pagi nih.....tapi ingt ap pun yg kite wat, ap pun yg kite pikir, yang pnting.....MESTI MARIII!!!!!!!!!hahaha
salam....

61-268-87


memo paling penting dalam hidup..
mana leh lupe....

*klik pd gambar utk lbh jelas..